Thursday, 8 December 2011


Kadang-kadang dalam kehidupan yang dilalui tidak selalu akan sentiasa berada di atas..
Seperti ibarat roda,kadang-kadang diatas, kadang-kadang dibawah..
Adakalanya kita akan berjaya dan juga gagal..
Tapi kita tidak boleh jadikan kegagalan itu sebagai pengakhiran dalam kehidupan kerana disitulah permulaan untuk kita lebih berjaya lagi dalam hidup…
Success is the ability to go from failure, to failure without losing your enthusiasm”


GAGAL BUKAN BERERTI KITA KALAH,,
   GAGAL BUKAN BERERTI KITA BODOH,,
   GAGAL BUKAN BERERTI KITA TIDAK   MENCAPAI APA-APA,,
   GAGAL BUKAN BERERTI KITA TIDAK   MAMPU UNTUK MELAKUKANNYA,,
      => KEGAGALAN ADALAH PETANDA BAHAWA KITA TELAH MAMPU MELANGKAH LEBIH MAJU DAN KITA TELAH MEMPELAJARI SESUATU YANG AMAT BERMAKNA DALAM HIDUP…


Monday, 14 November 2011

dapat ank buah frst

Hmmmm…dah lama xupdate blog ni, sminggu bercuti di Tangkak sempena Hari Raya Haji sedikit sebanyak dapat menenangkan fikiran..yelaa..hampir sebulan lebih tak dapat balik rumah..yang bestnye cuti ni dapat pengalaman jaga anak buah yang first..xsangka dah bergelar mak cik rupanya..hehehe..
Pada mulanya fikir takut juga, yela nama pun bayi, kecik lagi,memang takut sangat nak pegang..Bila tengok akak ipar jaga anak buah, saya pun terfikir nak anak cepatt..hehehe..gurau jer..bayi kan bersih, wangi, selalu jer nak cium anak buah tu..huhuhu..
Ni la gambo anak buah saya…MUHAMAD AMIRUL RIFQI…COMEL X…

Tapi saya berfikir kenapa pada masa kini, ada yang sanggup buang anak di tong sampah, jamban, keluar surat khabar bayi mati dijumpai di tong sampah, tak pernah ker ada rasa sedikt rasa sayang, kasihan dekat bayi yang tidak berdosa..Apabila dah terlanjur, lepas tu mengandung, lelaki lepas tangan, bersalin, buang anak pulak..tak pernah ker fikir pasal dosa, berapa banyak dosa yang kena tanggung atas kesalahan tersebut… rasa sangat2 sedih dengan perbuatan orang yang bertanggungjawab tu..
Tapi dalam hal ini, siapa yang perlu disalahkan,????mungkin mereka yang melakukan perkara ini fikir akan malu, lepas tu saper nak tanggung bayi ni, jadi jalan yang mudah,,buang jer lahhh..ish2..binatang pun sayangkan anak…
Hmmm..dekat sini juga saya dapat satu pengalaman yang membuatkan kita patut menghargai ibubapa kita..yela..masa kecik,,mak ayah sanggup bersengkang mata menjaga kita, pantang uweekkk cikit, kelam kabut mak ayah kita dibuatnya,,.huhuhu.. yang bestnya ank buah saya tak banyak meragam, die uwekk cikt jer, bagi susu,terus diam..hehehe..bila tengah malam saya dapat melihat, abng dan akk ipor saya sanggup sengkang mata jaga baby…ingt saya, stu hri tu baby kna berak2..cian die, letak salah, pegang salah..ish3..tapi ktrng sabor jer jga..saya nak pegang takut lagi,tapi cian plak kt mak die, branikan diri jer la..memang best,,rasa perasaan sayang tu hdir dngan tiba2…
Pepun saya dapat belajar pengalaman yang baru,, walaupun kadang2 rasa penat juga, tapi semuanya hilang dapat cium baby tu..hehehe..nice memories..

Monday, 17 October 2011

diri dan dosa..


Dalam kehidupan seharian kita di dunia ini tak akan pernah terlepas dari membuat dosa sama ada dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya..
Allah kurniakan manusia dengan akal fikiran yang waras supaya kita dapat menilai sesuatu perkara itu sama ada baik ataupun jahat. Di sini ana ingin berkongsi cerita yang mungkin dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita..
Seorang pemain sirkus masuk kedalam hutan untuk mencari anak ular yang akan dilatih untuk bermain sirkus. Beberapa hari kemudian, ia menemukan beberapa anak ular dan mula melatihnya mengikut caranya sendiri. Mula-mula anak ular itu dibelitkan pada kakinya dan seterusnya.



Setelah ular itu menjadi besar dilatih untuk melakukan permainan yang lebih berbahaya, di antaranya membelit tubuh pelatihnya. Sesudah berhasil melatih ular itu dengan baik, pemain sirkus itu membuat pertunjukkan untuk umum. Hari demi hari jumlah penontonnya semakin banyak. Hasil yang diterimanya semakin besar. Suatu hari, acar dimulakan dengan pelbagai pertunjukan dan mendapat sambutan daripada penonton. Semua penonton tidak putus-putus bertepuk tangan melihat setiap pertunjukkan yang ditontonkan. Akhirnya, tibalah acara yang mendebarkan, iaitu permainan ular. Pemain sirkus memerintahkan ular itu untuk membelit tubuhnya. Seperti biasa, ular itu melakukan apa yang diperintahkan oleh tuanya. Ia pun mula melilitkan tubuhnya sedikit demi sedikit pada tubuh tuannya. Makin lama makin keras lilitannya. Pemain sirkus tersebut merasa kesakitan. Oleh karena itu ia  memerintahkan agar ular itu melepaskan lilitannya, tetapi ular tersebut tidak taat. Sebaliknya ia semakin liar dan lilitannya semakin kuat. Para penonton menjadi panik, pemain sirkus itu menjerit kesakitan dan meminta tolong, namun disebabkan lilitan ular yang sangat kuat menyebabkan dia mati di dalam lilitan ular peliharaannnya..

Hmm..pengajaran yang dapat di sini, “Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita lihat dosa seumpama perkara yang kecil. Kita merasa tidak terganggu dan dapat mengendalikannya. Bahkan kita merasa bahwa kita sudah terlatih untuk mengatasinya. Tetapi pada kenyataanya, apabila dosa itu telah mulai melilit hidup kita, sukar untuk kita dapat melepaskan diri lagi daripadanya.”

Jadi, apa yang kita perlu lakukan adalah hindari daripada melakukannya bermula dari awal lagi kerana apabila kita mengingati tentang dosa-dosa yang kita lakukan, kita akan dengan sendiri untuk mengubahnya, jika tiada keinsafan dalam diri untuk mengubahnya, ianya akan terus membelit diri kita dan akan membuat hidup mendrita…



Sunday, 16 October 2011

pengalaman baru

Hmm..nk berkongsi apa yer,, ??????????
Haa..dapat idea dah..nk kongsi pengalaman membuat program motivasi bersama pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR),iaitu “Program Menggilap Bintang” kali pertama diberi amanah sebagai pengarah program memang agak takut,gementar, semua perasaan ada. Tapi anggap ni sebagai peluang, jadi terima dengan seadanya. Bila tahu jer sekolah ini sekolah budak pandai, lelaki pulak tu semua, lagi a fikir  boleh ker aku nak wat program dengan budak-budak pandai, tapi still lagi kuatkan semangat..huhuhu..
Kemudian, dalam masa seminggu, ana dan kawan-kawan buat la gerak kerja, fikir masa dah singkat ni, tapi dengan bantuan rakan-rakan lain, still ok lagi.. kami pon buat la gerak kerja dengan sebaiknya, fikrkan memang sibuk la dengan kuliah lagi,assignment jngn cakap la kan,tapi bila amanah dah diberi, buat dengan sebaiknya..
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu pada 25 Mac 2011, peserta pun sampai dalam jam 5.30 petang di Kolej Aminuddin Baki,  setelah sampai kami berkenalan secara informal memandangkan mereka semua belum solat dan belum makan, jadi taklimat secara ringkas diberikan kepada pelajar untuk acara malam nanti .
Kemudian pada malam tersebut ice-breaking di laksanakan di dewan KUO, pada awlnya ingatkan pelajar-pelajar ni susah nak beri respon,tapi sebaliknya, pantang diberi peluang, mereka memberikan respon yang sangat baik, jadi saya rasa sangat teruja dan hilang perasaan takut tu..huhu.
Hari berikutnya, satu hari berada di kampus macam2 aktiviti dan modul yang dijalankan oleh kami dan peserta2 sangat memberi kerjasama, walaupun semua lelaki tapi diaorang fahan dan patuh pada aktiviti yang dilaksanakan. 
Selama 3 hari diaorang di UPSI, mereka memberikan kerjasama yang baik, guru pengiring pun memberikan kerjasama yang baik dengan kami semua.  Jadi, saya merasa amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk mengendalikan program ini di samping dengan bantuan daripada rakan-rakan yang tidak ternilainya. Respon yang diberikan oleh pelajar pun sangat baik . Berikut merupakan guru pengiring STAR iaitu ckgu Zaini.  
 memang seronok sangt2,dan terima kasih semua yang trlibat dengan program ini,jasa korang akn dikenang sampai bila2..smile always..(^_^)..