Sunday, 16 October 2011

pengalaman baru

Hmm..nk berkongsi apa yer,, ??????????
Haa..dapat idea dah..nk kongsi pengalaman membuat program motivasi bersama pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR),iaitu “Program Menggilap Bintang” kali pertama diberi amanah sebagai pengarah program memang agak takut,gementar, semua perasaan ada. Tapi anggap ni sebagai peluang, jadi terima dengan seadanya. Bila tahu jer sekolah ini sekolah budak pandai, lelaki pulak tu semua, lagi a fikir  boleh ker aku nak wat program dengan budak-budak pandai, tapi still lagi kuatkan semangat..huhuhu..
Kemudian, dalam masa seminggu, ana dan kawan-kawan buat la gerak kerja, fikir masa dah singkat ni, tapi dengan bantuan rakan-rakan lain, still ok lagi.. kami pon buat la gerak kerja dengan sebaiknya, fikrkan memang sibuk la dengan kuliah lagi,assignment jngn cakap la kan,tapi bila amanah dah diberi, buat dengan sebaiknya..
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu pada 25 Mac 2011, peserta pun sampai dalam jam 5.30 petang di Kolej Aminuddin Baki,  setelah sampai kami berkenalan secara informal memandangkan mereka semua belum solat dan belum makan, jadi taklimat secara ringkas diberikan kepada pelajar untuk acara malam nanti .
Kemudian pada malam tersebut ice-breaking di laksanakan di dewan KUO, pada awlnya ingatkan pelajar-pelajar ni susah nak beri respon,tapi sebaliknya, pantang diberi peluang, mereka memberikan respon yang sangat baik, jadi saya rasa sangat teruja dan hilang perasaan takut tu..huhu.
Hari berikutnya, satu hari berada di kampus macam2 aktiviti dan modul yang dijalankan oleh kami dan peserta2 sangat memberi kerjasama, walaupun semua lelaki tapi diaorang fahan dan patuh pada aktiviti yang dilaksanakan. 
Selama 3 hari diaorang di UPSI, mereka memberikan kerjasama yang baik, guru pengiring pun memberikan kerjasama yang baik dengan kami semua.  Jadi, saya merasa amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk mengendalikan program ini di samping dengan bantuan daripada rakan-rakan yang tidak ternilainya. Respon yang diberikan oleh pelajar pun sangat baik . Berikut merupakan guru pengiring STAR iaitu ckgu Zaini.  
 memang seronok sangt2,dan terima kasih semua yang trlibat dengan program ini,jasa korang akn dikenang sampai bila2..smile always..(^_^)..  

No comments:

Post a Comment