Monday 17 October 2011

diri dan dosa..


Dalam kehidupan seharian kita di dunia ini tak akan pernah terlepas dari membuat dosa sama ada dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya..
Allah kurniakan manusia dengan akal fikiran yang waras supaya kita dapat menilai sesuatu perkara itu sama ada baik ataupun jahat. Di sini ana ingin berkongsi cerita yang mungkin dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian kita..
Seorang pemain sirkus masuk kedalam hutan untuk mencari anak ular yang akan dilatih untuk bermain sirkus. Beberapa hari kemudian, ia menemukan beberapa anak ular dan mula melatihnya mengikut caranya sendiri. Mula-mula anak ular itu dibelitkan pada kakinya dan seterusnya.



Setelah ular itu menjadi besar dilatih untuk melakukan permainan yang lebih berbahaya, di antaranya membelit tubuh pelatihnya. Sesudah berhasil melatih ular itu dengan baik, pemain sirkus itu membuat pertunjukkan untuk umum. Hari demi hari jumlah penontonnya semakin banyak. Hasil yang diterimanya semakin besar. Suatu hari, acar dimulakan dengan pelbagai pertunjukan dan mendapat sambutan daripada penonton. Semua penonton tidak putus-putus bertepuk tangan melihat setiap pertunjukkan yang ditontonkan. Akhirnya, tibalah acara yang mendebarkan, iaitu permainan ular. Pemain sirkus memerintahkan ular itu untuk membelit tubuhnya. Seperti biasa, ular itu melakukan apa yang diperintahkan oleh tuanya. Ia pun mula melilitkan tubuhnya sedikit demi sedikit pada tubuh tuannya. Makin lama makin keras lilitannya. Pemain sirkus tersebut merasa kesakitan. Oleh karena itu ia  memerintahkan agar ular itu melepaskan lilitannya, tetapi ular tersebut tidak taat. Sebaliknya ia semakin liar dan lilitannya semakin kuat. Para penonton menjadi panik, pemain sirkus itu menjerit kesakitan dan meminta tolong, namun disebabkan lilitan ular yang sangat kuat menyebabkan dia mati di dalam lilitan ular peliharaannnya..

Hmm..pengajaran yang dapat di sini, “Kadang-kadang dalam kehidupan kita, kita lihat dosa seumpama perkara yang kecil. Kita merasa tidak terganggu dan dapat mengendalikannya. Bahkan kita merasa bahwa kita sudah terlatih untuk mengatasinya. Tetapi pada kenyataanya, apabila dosa itu telah mulai melilit hidup kita, sukar untuk kita dapat melepaskan diri lagi daripadanya.”

Jadi, apa yang kita perlu lakukan adalah hindari daripada melakukannya bermula dari awal lagi kerana apabila kita mengingati tentang dosa-dosa yang kita lakukan, kita akan dengan sendiri untuk mengubahnya, jika tiada keinsafan dalam diri untuk mengubahnya, ianya akan terus membelit diri kita dan akan membuat hidup mendrita…



Sunday 16 October 2011

pengalaman baru

Hmm..nk berkongsi apa yer,, ??????????
Haa..dapat idea dah..nk kongsi pengalaman membuat program motivasi bersama pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR),iaitu “Program Menggilap Bintang” kali pertama diberi amanah sebagai pengarah program memang agak takut,gementar, semua perasaan ada. Tapi anggap ni sebagai peluang, jadi terima dengan seadanya. Bila tahu jer sekolah ini sekolah budak pandai, lelaki pulak tu semua, lagi a fikir  boleh ker aku nak wat program dengan budak-budak pandai, tapi still lagi kuatkan semangat..huhuhu..
Kemudian, dalam masa seminggu, ana dan kawan-kawan buat la gerak kerja, fikir masa dah singkat ni, tapi dengan bantuan rakan-rakan lain, still ok lagi.. kami pon buat la gerak kerja dengan sebaiknya, fikrkan memang sibuk la dengan kuliah lagi,assignment jngn cakap la kan,tapi bila amanah dah diberi, buat dengan sebaiknya..
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu pada 25 Mac 2011, peserta pun sampai dalam jam 5.30 petang di Kolej Aminuddin Baki,  setelah sampai kami berkenalan secara informal memandangkan mereka semua belum solat dan belum makan, jadi taklimat secara ringkas diberikan kepada pelajar untuk acara malam nanti .
Kemudian pada malam tersebut ice-breaking di laksanakan di dewan KUO, pada awlnya ingatkan pelajar-pelajar ni susah nak beri respon,tapi sebaliknya, pantang diberi peluang, mereka memberikan respon yang sangat baik, jadi saya rasa sangat teruja dan hilang perasaan takut tu..huhu.
Hari berikutnya, satu hari berada di kampus macam2 aktiviti dan modul yang dijalankan oleh kami dan peserta2 sangat memberi kerjasama, walaupun semua lelaki tapi diaorang fahan dan patuh pada aktiviti yang dilaksanakan. 
Selama 3 hari diaorang di UPSI, mereka memberikan kerjasama yang baik, guru pengiring pun memberikan kerjasama yang baik dengan kami semua.  Jadi, saya merasa amat bertuah kerana diberi kesempatan untuk mengendalikan program ini di samping dengan bantuan daripada rakan-rakan yang tidak ternilainya. Respon yang diberikan oleh pelajar pun sangat baik . Berikut merupakan guru pengiring STAR iaitu ckgu Zaini.  
 memang seronok sangt2,dan terima kasih semua yang trlibat dengan program ini,jasa korang akn dikenang sampai bila2..smile always..(^_^)..